Feb 4, 2006

*TIADA-ADA-BERADA

Tumpang tanye Long.
Ye :)
Kite tengok orang ramai suke pergi majlis ilmu, usrah lah, meeting. Rajin diorang tu. Kite ni sibuk. Kadang rasa malas gak nak attend meeting, walau sebulan 2 kali.
Hmm. Majlis sebegini, banyak barokahnya dik..walau ia ringkas cuma.
Erm..banyak ganjaran dan faedahnya. Barokah yang tak terlihat dek zahir, tak gitu Long?
Iya :)
___________________

Betullah.."bila berkongsi, kita akan lebih mendapat nikmatnya"

Betullah tu.."benda yang sunat itu berkat, walau tampak mudah, namun ia tetapkan indah"

Betullah juga pabila.."sesuatu majlis itu dijalankan atas dasar ingin menambah ilmu dan maklumat, berkongsi perkara kebaikan, juga atas dasar pembentukan sifat mahmudah di jiwa...merapatkan yang jauh antara kita"

Itu tentang kesamaan niat dan kehendak. Jika kita memilih untuk mendapatkan ilmu, kita pastikan berolehnya. Niat itu yang aula..tapi, mesti kena cara :)

Adikku Aisyah mengilham tentang 'desakan dan paksaan' yang sering dikerah bila nak buat benda-benda baik ni. Hatta, nak menghadirkan diri ke majlis ilmu. Iya, kalau nak ikutkan..memanglah bermalas nak istiqomah dalam setiap perbuatan yang baik, apalagi bila adanya bisikan halus yang memujuk kita untuk alpa dan lalai.

Ibn Miskawyh ada menyatakan tentang teori self reinforcemet. Ianya menyatakan bahawa kekadang kita perlu paksa diri untuk melakukan sesuatu, khasnya kebaikan. Ambil contoh bila nak bangun solat Subuh. Aduhai, rasa malasnya, mengantuk. Dan, di situlah perlu ada satu desakan pada diri untuk bangkit menunaikan kewajipan. Beliau juga menyatakan tentang proses perlakuan seseorang.

KAWATIR (niat)---->SYAHWAH (keinginan melakukan sesuatu)---->MOTIVASI (desakan dalam diri)---->PERLAKUAN---->dan jika perlakuan diulang itu namanya HABIT.

Erm..mulanya tiap perbuatan mungkin berdasar paksaan, bukan bertunjangkan keikhlasan, kerana orang..bla..bla..

NAMUN, percayalah bahawa jika NIAT itu dijaga (lillahita'ala) lambat launnya setiap tingkah dan kata itu adalah habit yang berbuahkan kemanisan dalam diri. Bila niat itu dikahwinkan dengan iman, kita tak lagi rasa terpaksa. Malah jika kita tak buat, kita akan rasa kurang. Kita rasa tak tenang.

Proses penghasilan sesuatu perbuatan itu perlu sangat diikat dengan niat. Bila niat itu kerna Tuhan, untuk mendapat kebaikan..insyaAllah, kita takkan dihampakan. So, self reinforcement tadi adalah satu cara untuk kita 'memaksa' diri. Didoakan, pada masa-masa yang lain, kita akan jadikan ia sebagai satu habit, yang mana segalanya memang satu amalan yang kita sendiri wajibkan pada diri seterusnya mengharap redha Allah ('amal yang baik, yek ^_^)

Terfikir tentang konsep pahala dan dosa. Erm, bila ada penguasaan sebegitu, ia akan memastikan manusia mengikut peraturan Tuhan. Peraturan fitrah sebenarnya. Ada pahala, memotivasikan manusia melakukan kebaikan. Ada dosa, buat manusia takut melakukan kejahatan. Tuhan Maha adil. Tiap apa kita lakukan diberi balasan saksama. Allah tahu tentang itu, dan kasih sayangNya tak pernah bertepi. Dipenuhi apa yang kita kehendaki..

Kita..yang TIADA ingin ada, yang ADA ingin berada. Yang BERADA mengada-ngada. Ada balasan baru nak buat. Tiada imbuhan, tak langsung nak melaksana tanggungjawab. Padahal, kita ni hamba. Hamba yang berhutang dan hidup atas kasih sayang TUHAN. Iya, kita jarang bersyukur. Kita insan yang sering terlupa...

Akhirnya, biar kita memaksa diri untuk melakukan apa yang diperintah Tuhan, demi mengucapkan kesyukuran atas segala nikmat yang diberi. Moga akan hadir kesedaran hakiki bahawa setiap amalan itu adalah satu amanah dan tanggungjawab sebenarnya, tidak lagi kita bergantung pada imbuhan tapi meletakkan keikhlasan sebagai sandaran kepatuhan kita yang bernama sang hamba.

p/s: MUHASABAH, tanam azam jadid seawal MUHARAM, moga Allah memperkenankan dan memelihara kita sepanjang tahun :) barakALLAHulakunna..

No comments: